Monday, February 9, 2015

kehidupan

setiap kali yang terjadi itu kita berharap tidak akan berulang lagi
betul kan?
tetapi setiap kali aku berharap perkara itu akan terulang.
sakitnya tuh disini . lol

okay now let it be just face it . ga yao !
" bukan senang nak senang , bukan susah nak susah "
setiap kali kesusahan menimpa , aku selalu ingat
" ada orang lagi susah dari kau " -someone said to me-
 aku cuma pakai nasihat yang diberi . kepada mereka yang akan melalui alam universiti .
meh sini aku cakap sikit .
alam universiti bukan alam yang korang bayangkan yang 
" freedommmm~'
"cari rusuk kiri kanan tu "
" duittt banyakkk "

ingatlah bahawa bayangan korang itu hanya lah sedutan mimpi korang untuk episod akan datang .
its not like what you imagine . worse !  HAHAHAHA
no lah . takut tak ? kahkahkah
rilex . ingat ! benda boleh settle !
yang "freedom" tu .jangan honeymoon sangat . sebab kau belajar empat bulan then final exam .

aku ingat lagi cikgu tuisyen aku cakap
 " dekat u lagi senang dari spm yang korang hadap 10 or 11 subjek tu"
at first , aku berfikir "kau dah lepas boleh lah cakap camtu " - zaman jahiliah memang camni -
lepas masuk matrik another cikgu bagi ayat yang sama juga
then aku berfikir lagi
" kenapa doe cakap benda yang sama "
lepas masuk upm . woahhh !
aku berfikir " betul lah apa yang depa semua cakap "
sebab nya? dekat uni nie kau belajar 5 or 6 subjek pada masa 4 bulan untuk satu sem .
sem depan kau tak belajar benda tu lagi cuma ada kaitan sikit lah dengan kau belajar sem satu .
spm kau belajar bagai nak rak dari form 4 sampai form 5 tapi kau kena tahan lagi otak kau tu sebab spm bulan 11 . tapi macam aku nasib aku bulan 12 .dah tu 11 subjek pula .  sampai kesudah aku tahan info info tu . dah spm aku luahkan sampai melimpah limpah ke ladang gandum . urrrrmm . jadilah koko krunch . tak jadi koko runch sebab ladang dah penuh sangat so takde gandum so bertebangan lah ia .
metafora gila .

tapi disebabkan aku berfikir macamtu . aku dah set mind aku
" senang je "
" macam ketam goreng "
" tutup mata lah jawab "
 itu sebelum jawab quiz , test , final exam

" bapakkk ahh "
" dah tak macam ketam dah nie macam t*** "
" tiba-tiba rabun menyerang "
selepas jawab .

see ! nampak tak perbezaan . MasyaAllah ! just nak cakap jangan ingat benda tu sesenang yang kau bayang . tidak jadi macam aku .
aku serik ! aku sunyi ! haaaa ! apa kaitan ntah .

nasi sudah menjadi bubur . tak guna dah aku nak menyesal sekarang .
result hari khamis nie . rumors fly . ntah betul ke tidak .
satu subjek aku dah tau . keciwaaa habis .
" setiap kegagalan adalah ibu segala kejayaan "
aku fikir kejayaan lahirkan seorang kegagalan . kenapa ! kenapa ! katakan lah !
 kadang kadang aku tunjukkan kebodohan aku kat sini . HAHHAHAAHA
so what ? tapi itu lah aku .

jadi adik adik prepare yourself , jangan jadi macam akak . ( haaaa . baik tak akak ) >.<
sem dua ni aku kena push lebih sikit usaha tu . tidak hidup aku macam lifeless kat hostel .
tidur makan . belajar jap . tidur lebih sikit . haishhhh

pasal rusuk tulang kanan kiri tu lupakan lah dulu . ( nasihat untuk diri juga )
sebab ada lagi lebih penting dari rusuk kau tu .
" Allah "
" parents kau "
" masa depan kau "
" diri kau "
lastly kita berkhidmat untuk negara dan bangsa .
tak sia-sia juga aku belajar subjek akhlak dulu . terima kasih ustazah !
 aku baca kat twitter , facebok pasal rusuk bergetar maksudnya jodoh
aku terfikir kenapa bergetar ? bukan orang tu sakit ke ? kena jumpa doktor secepat mungkin awak !
HAHAHAHAA .

biar je lah . depa nak fikir apa . sebab ? .
" jodoh pertemuan di tangan-Nya "
 kalau dah tiba masa untuk aku . aku terima :') 

cakap pasal duit . ermm . aku tau mahasiswa dan mahasiswi suka sangat gadget .
tapi aku kurang sikit lah . tak minat gilaaa lah .
janji phone aku boleh telefon dengar suara orang , balas mesej orang tu .
cukup untuk aku . ( itu aku yang dulu zaman seperti katak dibawah tempurung )
sekarang kan dah maju ada wassap . insta . twitter . facebook .
aku kenalah tukar phone android . kang aku mesej orang tu ? kau bukak lah wassap . tidak kau mesej lah sorang sorang . pernah terjadi kat aku kejadian seperti itu . penat aku mesej  . kuajoo !

bayangkan aku taip panjang panjang pasal satu info kat dia . nak tanya pendapat dia . last dia balas .
" kau tak bukak wassap ke ? "
aku rasa nak campak phone dari atas ke bawah . kalau kau ada depan aku nie makan dia .
last aku tukar phone gak . nak sangat wassap kan . haaa ! tiap tiap hari aku kacau hidup kau .
puas ! HAHAHAHA

jangan lah nak tukar phone sangat ikut trending katanya . aku tengok phone semua sama je fungsi .
apa beza dia . ( buta IT memang cakap cmnie )
tapi kalau banyak sangat duit kau ada . aku tak nak lah halang .
kalau yang tidak tu . ermm . fikirlah duit tiga kali .
aku nak beli something aku berfikir sampai kesudah . takut membazir .
tapi kalau kau tengok aku beli bukan bukan tu tanpa berfikir panjang seperti pirana makan maknanya  aku tengah stress lah tu .


ok sampai disini sahaja . see ya ! orientos presto schfenin .