Tuesday, July 14, 2015

syahdu hati

hai . assalamualaikum .
lagi dua hari je lagi kita nak beraya kan . dalam saat suka dan gembira ini pastinya ada dikalangan kita mengalami saat  duka .
hari ini aku baru sahaja dapat menziarahi kawan aku . sayu dan sedih aku melihat dia .
sedih disebabkan aku dah lama tak jumpa dia .
tiba tiba aku jumpa dia dalam keadaan dia yang sedang sakit .
sungguh aku rasa bersalah dan sedih .

dia sangat baik orangnya dan lemah lembut orangnya .
dia kini sedang menuntut di salah sebuah universiti di melaka .
dulu dia sekolah sama dengan aku dari form one sampai form three . jadi perkenalan kami selama tiga tahun telah cukup aku mengenali dia .
tapi aku tidak guna tiga tahun itu disebaiknya malah aku buat biasa saja .
sungguh aku rasa menyesal dan bersalah .
selepas aku pindah ke sekolah baru sehinggalah aku jejak ke universiti . dia tetap mesej aku dan kawan kawan tanya khabar .
masyaallah aku ingat lagi soalan dia
" korang sihat ? "
saat itu ak rasa
" dia masih ingat aku lagi "
dan aku rasa diri aku teruk sangat sehingga melupakan kawan kawan yang telah banyak menolong kau waktu susah dan senang .

tapi aku tetap cuba untuk meluangkan masa dengan kawan kawan aku termasuk dia .
last aku jumpa dia time kiteroang keluar bersama dan makan makan di kedai kawan aku .
sungguh sekejap masa berlalu . dan akhirnya aku jumpa dia lagi sekali dalam keadaan dia sedang sakit .
senyuman dan gelak tawa dia kian hilang . walaupun aku melawat dia untuk menghiburkan nya .
tapi doktor cakap dia tak boleh gelak banyak sebab urat kat muka dia sambung dengan urat kat kepala.
kawan aku ini sakitnya adalah ada pendarahan berlaku di otak nya . menyebabkan dia kurang oksigen.

sebelum kami pulang tadi , kami ke wad dia . dan melihat dia tidur . tapi dia tidur dalam mengerang kesakitan . Ya Allah . sakitnya dan sayu hati aku melihat dia .
setelah dia bangun dia tetap cuba senyum .
tadi aku tengok muka dia dan lihat keadaan dia .
aku sangat bersyukur kepadaMu Ya Allah telah memberi aku kesihatan .
 sesungguhnya sungguh perit dugaan Mu Ya Allah . tapi aku tahu Kau tak akan menduga hambaMu kalau dia tak mampu menanggungnya .
dan aku yakin kawan aku kuat untuk menghadapinya .
ingat ! Allah tengah menguji kau .
sungguh aku sedih mellihat keadaan dia . kepala sudah tiada sehelai rambut . hanya jahitan yang ada kesan operate untuk mengeluarkan darah yang bertakung diotaknya .

dan tadi aku melihat ibunya dan dia menitiskan air mata . Ya Allah . syahdunya lihat .
aku bersalam dia untuk mengundur diri pulang . dia mengatakan kepada ku
" insyaAllah kita akan jumpa lagi "
Ya Allah . hanya kau je yang tahu hatiku saat itu . sungguh aku nak meraung tapi aku tak boleh .
aku nak kawan aku kuat jadi aku kena tunjuk aku kuat .
dan mak dia cakap kat aku
" dia penat tahan sakit tu sorang sorang "
mak dia terus menitis air mata .

wahai sahabatku , jangan kau risau . Allah tengah menguji kau . kau kena kuat dan sabar .
dan sentiasa ingatNya . aku disini hanya mampu melakukan tugas ku sebagai kawan iaitu dengan mendoakan kesejahteraan kau dan semoga cepat sembuh .
sungguh aku rindu gelak tawa dan senyuman kau .
semoga cepat sembuh ye .
selamat hari raya Amirah .

ikhlas dari sahabatmu yang kian lupa apa erti itu sahabat .