Thursday, August 27, 2015

menunggu hari .

assalamualaikum . hyep !
aku takda topik nak dibincangkan hari ini .
sesungguhnya aku dekat rumah ni ke hulur ke hilir ke dapur je .
pishang ! you know what is pishang ?
pishang itu adalah sejenis perasaan yang menunjukkan kau sungguh bosan .
dalam erti kata lain bosan lah . aduh !
padiaaa !

okay lah sekarang ni aku tengah menghitung hari saja .
bukan apa yang anda anda fikirkan . huh ! *aku tak tau apa yang kau fikirkan -.-
aku sedang menunggu hari untuk masuk balik belajar lah . yuhuuu !
*cuba baca yuhuu tu dengan ikhlas .
dalam seminggu lagi tinggal . lepas tu dah masuk dah !
second year baq hang . peh ! scary !
*overrrr

mungkin hidup aku kat luar nnti lagi mencabar kot . KOT LAH .... *ntah ntah sama je kah!
dulu duduk dalam kolej watlek watpis ja .
kelas pukul 8 . pkul 8 jugak aku gerak . HAAA ! betapa punctual nya aku .
*tolong jangan puji . plis . haaha
okay lah aku mengaku dulu aku teruk sikit . SIKIT .
muahhaha . jadi lepas nie aku duduk luar kolej . rumah pulak berdekatan dengan ktm .
okay lah . memuaskan ! LIMA MARKAH !

so kelas pukul 8 aku kena gerak awal lah . pukul 7 gerak dari rumah . tak mungkin ....
 mungkin pukul 7.59 a.m !
haa mohon jangan macamtu wahai diri . jalan jammed nanti . mau terkuncil kau nanti . cuak !
aku tengok jadual kelas . ada tiga kelas start pukul 8 . *mari kita gelak .
ha ha ha .

jadual tak pack sangat tapi kenapa takda satu hari tu takde kelas . huaaa .
merungut !
sampai ke hari sabtu aku ada kelas . betapa gigihnya aku . rajin kan aku .
pelajar contoh .
*tolong jangan puji . plis .
mengharap diri akan lebih rajin . lagi lagi ada event event kena involve .
selain cabaran masa . cabaran duduk luar adalah makanan .

kalau kat kolej . kau turun pegi cafe . order makanan . tunggu lima minit . ambil bayar . !
okay dah pastu boleh makan . but kat luar duduk rumah sewa . tak kan everyday kau nak beli makanan kat mamak . kalau kau tu anak yang harta nya boleh digunakan sampai tujuh keturunan takpe lerr .
tapi kau hanya lah anak orang kebiasaan . lagi lagi student kan .
kais pagi makan meggi jelah . *cerita benar
aku mengharap housemate aku tu semua rajin memasak . haaa baru lah berasap dapur tu .
baru ada feel duduk rumah sewa . maksudnya ada different lah duduk kolej dgn duduk rumah sewa .
 kahkahkah .

okay . gua lapar sekarang . sebelum gua akhirin post gua hari ni .
izinkan gua sampaikan dua tiga kerat pantun .

sorong papan  tarik papan ,
jangan disangka kan ,
air yang tenang tiada buaya kan .

*gelak lah 

-okay cukup tiga kerat -
 pendek kata , panjang tak kata apa !
kahkahkah . okay bye !

assalamualaikum . :D


Thursday, August 13, 2015

Alhamdulillah :))

assalamualaikum , hi to my fellow bloggerss . kah !
today the result finally keluar . kecut perut tadi check result .
bangun pagi tak sempat basuh muka apa . terus capai fon bukak smp .
cepat cepat aku masuk kan matrik no dgn password .
*takut jammed lagi .
kadang kadang smp ni boleh buat aku nangis . kah !

okay lah . lepas dah bukak . terus tekan semua semua tu .
bnde yg patut ditekan .
dan akhir sekali . menunjukkan result gua !
rasa nak menjerit . tapi ku tahan jebat .
kang terkejut mak ayah aku . pagi pagi jerit . kah !

okay . alhamdulillah . :))
say thank you to ALLAH . aku dah lulus semua dah cukup .
takde lagi kene repeat apa apa paper .
lepas target .
UNBELIEVABLE . apa yang aku sangka aku akan dapat C dapat A .
Allahuakbar ! . who know ? :)
 Dia merancang lagi baik dari kita .
then aku bagi tahu mama dan ayah .

dan aku sedar kebahagiaan aku semasa aku student telah hampir tercapai .
sebab kebahagiaan aku adalah bila aku tengok mama dan ayah gembira selepas mndgr keputusan ku .
walaupun aku tak mencapai 4 rata tu .
tetapi aku tetap bersyukur dengan apa yang di rancang oleh Dia untuk aku .
but its not overall happiness . the definition happiness for me adalah bila mereka melihat aku genggam ijazah . mereka boleh datang ke konvo aku pada waktu yang ditetapkan  .*another 3 years more
time tu kebahagiaan aku telah tercapai .

tapi aku perlu lebih berhati hati lepas ni .
"comfort zone" . i hate that zone !
no more "comfort" after this .
come on aida . pastikan kebahagiaan kau tercapai . !

hehehe

okay wish me luck gaiss  ;))
naik sem nanti tolong jadi rajin lagi aida ! fighting!

XOXO !

assalamualaikum . boiii .

p/s : gedik sungguh XOXO . kah !

Tuesday, July 14, 2015

syahdu hati

hai . assalamualaikum .
lagi dua hari je lagi kita nak beraya kan . dalam saat suka dan gembira ini pastinya ada dikalangan kita mengalami saat  duka .
hari ini aku baru sahaja dapat menziarahi kawan aku . sayu dan sedih aku melihat dia .
sedih disebabkan aku dah lama tak jumpa dia .
tiba tiba aku jumpa dia dalam keadaan dia yang sedang sakit .
sungguh aku rasa bersalah dan sedih .

dia sangat baik orangnya dan lemah lembut orangnya .
dia kini sedang menuntut di salah sebuah universiti di melaka .
dulu dia sekolah sama dengan aku dari form one sampai form three . jadi perkenalan kami selama tiga tahun telah cukup aku mengenali dia .
tapi aku tidak guna tiga tahun itu disebaiknya malah aku buat biasa saja .
sungguh aku rasa menyesal dan bersalah .
selepas aku pindah ke sekolah baru sehinggalah aku jejak ke universiti . dia tetap mesej aku dan kawan kawan tanya khabar .
masyaallah aku ingat lagi soalan dia
" korang sihat ? "
saat itu ak rasa
" dia masih ingat aku lagi "
dan aku rasa diri aku teruk sangat sehingga melupakan kawan kawan yang telah banyak menolong kau waktu susah dan senang .

tapi aku tetap cuba untuk meluangkan masa dengan kawan kawan aku termasuk dia .
last aku jumpa dia time kiteroang keluar bersama dan makan makan di kedai kawan aku .
sungguh sekejap masa berlalu . dan akhirnya aku jumpa dia lagi sekali dalam keadaan dia sedang sakit .
senyuman dan gelak tawa dia kian hilang . walaupun aku melawat dia untuk menghiburkan nya .
tapi doktor cakap dia tak boleh gelak banyak sebab urat kat muka dia sambung dengan urat kat kepala.
kawan aku ini sakitnya adalah ada pendarahan berlaku di otak nya . menyebabkan dia kurang oksigen.

sebelum kami pulang tadi , kami ke wad dia . dan melihat dia tidur . tapi dia tidur dalam mengerang kesakitan . Ya Allah . sakitnya dan sayu hati aku melihat dia .
setelah dia bangun dia tetap cuba senyum .
tadi aku tengok muka dia dan lihat keadaan dia .
aku sangat bersyukur kepadaMu Ya Allah telah memberi aku kesihatan .
 sesungguhnya sungguh perit dugaan Mu Ya Allah . tapi aku tahu Kau tak akan menduga hambaMu kalau dia tak mampu menanggungnya .
dan aku yakin kawan aku kuat untuk menghadapinya .
ingat ! Allah tengah menguji kau .
sungguh aku sedih mellihat keadaan dia . kepala sudah tiada sehelai rambut . hanya jahitan yang ada kesan operate untuk mengeluarkan darah yang bertakung diotaknya .

dan tadi aku melihat ibunya dan dia menitiskan air mata . Ya Allah . syahdunya lihat .
aku bersalam dia untuk mengundur diri pulang . dia mengatakan kepada ku
" insyaAllah kita akan jumpa lagi "
Ya Allah . hanya kau je yang tahu hatiku saat itu . sungguh aku nak meraung tapi aku tak boleh .
aku nak kawan aku kuat jadi aku kena tunjuk aku kuat .
dan mak dia cakap kat aku
" dia penat tahan sakit tu sorang sorang "
mak dia terus menitis air mata .

wahai sahabatku , jangan kau risau . Allah tengah menguji kau . kau kena kuat dan sabar .
dan sentiasa ingatNya . aku disini hanya mampu melakukan tugas ku sebagai kawan iaitu dengan mendoakan kesejahteraan kau dan semoga cepat sembuh .
sungguh aku rindu gelak tawa dan senyuman kau .
semoga cepat sembuh ye .
selamat hari raya Amirah .

ikhlas dari sahabatmu yang kian lupa apa erti itu sahabat .


Friday, June 26, 2015

reality or dream

hyep . assalamualaikum .
sudah lama gua tinggalkan belog kesayangan ku ini .
sibuk mengejar cita cita dan impian untuk digapai . sibuk dengan hal hal peribadi dan final exam .
okay . sudah dua sem berlalu dalam kos aerospace eng. HAA! WOWW !
tidak ku sangka aku akan terjebak dalam kos kos hardcore seperti engineering .
no freshiee title anymore . sedarlah kau dah masuk second year bulan sembilan ni .
bila orang tanya kau ambil kos apa . betapa slow dan perlahan suara aku menjawab .
engineering . okayy  . HAHAHAHAHAHA
sudah jangan tanya lagi aku kos apa dah . jenuh aku nak cover .
so the reality is im gonna be a second year student for that course .yeayyy ! *crying
 unbelievable .!
seriously . rasa baru semalam habis spm . HAHAHAHAHAHA
hiperbola sangat ! rindu zaman muda muda remaja .
sekarang umur semakin meningkat dan semakin banyak dugaan dan cabaran perlu dilalui .
masuk uni nie lagi banyak dugaan aku perlu lalui .
dengan assignment lagi . degan kuiz . dengan test . dengan lect . dengan projek perlu handle .
thats all give me a lot of experience . but sometimes feel tired with all such things .
rasa macam nak undur diri dan menghilangkan diri sekejap dari segala jadah benda tu .
aku rasa nak travel sorang sorang . HAHAHAHAH -acahhhhh-
hurmmm , tapi tu lah yang aku rasa sekarang . i need to be alone sometimes .
need a space .
" when a pressure too high , we find a space "
wowww ! itu ikut konsep fizik .
no need to philosophy here lahhh wahai aida .
HAHAHAHAHA
no need to be dreaming that your prince charming will come over to you lah wahai aida .
berangan sampai kesudah aku ni
perlu lah digelakkan beramai ramai .biar diri ini sedar .
banyak lagi kau perlu kecapi .HAHAHAHAHAH
dont worry your  prince charming will stand infront of you .
whos knoww?? right?? anytime . anywhere . just be patient .
okayyy . please behave aida ! HAHAHAHAHA

okay enough . -
jadi aku nak cerita sedikit onak duri liku kehidupan ku jadi budak first year .
sebab aku pun tak menyangka kejadian tu berlaku dalam hidup aku .
such a bad dream . and sometimes give a sweet dream .
hurmmm . so masa first year time tu freshieee lagi kan . so macam aku budak baru . so banyak benda aku tak tahu . sbjek time first year actually senang . but i dont know dengan otak aku .
mungkin dah lama tak berjalan . berkarat mungkin . mana tak nya tiga bulan melepak dan mereput kat rumah tanpa membuat sebarang ulang kaji . hambik kau . loading gilaa .
okay lah . result untuk sem satu tidak memuaskan . HA HA HA HA
dan mendapat surat cinta dari biasiswa yang menaja aku.
hambikk kau .. gedebik dapat . dua kali kot dia pos . *suka membazir kertas -.-

ingat dari kesilapan sem satu tu boleh jadikan pengajaran untuk sem dua tapi hampeh .
adalah perubahan tu sikit iaitu takde lah lagha sangat cm sem satu . asyik keluar jalan .
sem dua ni aku banyak mereput dalam bilik . kadang kadang study kadang kadang studo .
 HAHAHAHAHA
naik sem dua insaf sikit lah . cuba struggle gak .
dan aku rasa sem dua ni relax dan sempoi . semua lect baik baik belaka dan relax je .
takde pressure kan kami sangat . i love all of them . saya sayang cikgu ajar saya sem dua .
ikhlas dari ,
jenab .

hope i get a good result for this sem . hope second semester ni adalah satu sinar harapan bagi ku .
ewaahhh  .
subjek second year mungkin lagi mencabar dari first year .
subjek getaran . ! HHAHAHAAHAHA
main dengan programming kotttt . aduhhh .
aku harap jangan lah pakai fortran programming ..
basic aku untuk fortran takde lah kuat mana .
berilah ku kekuatan . dgn dr triple C pulak tu .
hope aku tak tidur lah kelas dia macam kelas dia yg dlu .

hopefully for the next sem aku akan lebih cerdas otak nya dan cergas untuk belajar .
i hope i hopee . wish me luck guyss .
okayy .
XOXO !
*gedik sungguh aku guna perkataan tu . yuckss HAHAHAHA .
bye see yaa .
assalamualaikum .

Saturday, April 4, 2015

sandiwara dunia .

in life .
not everything is a race .


pernah tak korang di friendzone kan ?
kalau aku . ermm . aku rasa banyak kali . tapi pura pura tak sedar .
haaa !
malas nak layan . tapi disebalik kemalasan tu aku rasa sangat terkilan lah .
kata kawan tapi di friendzone kan . apa cerr gilaaa?
just one word suitable to you : sakai .

this about between girl and girl .
ok what about friendzone between boys and girls?
ermmm . in my opinion , ohhh shuckss ! sakit wehhh !
sebab aku pernah rasa . HAHAHA . phuii
aku rasa eyyy laki ni sekali ku debik kang . haaa camtulah aku rasa .
HAHAHAHA . okay .
actually senang je kalau kau telah di friendzone kan .
jauhi lah dia . macam ayat jauhi dadah tu .
jauhi lah dia . okay mesti korang cakap .
" ala cakap memang lah senang , nak buat tuuuu ."
" blahh lahh "
" poyossss "

okay tak kisah lah korang nak cakap apa .
cerita dia macam lebih kurang kau patah hati dengan seseorang .
haaa ! lupa nak cakap topic hari ini pasal cinta tapi tidak kesampaian . woww !
okay sambung balik. senang je .
contohnya kau tak boleh move on dengan seseorang ni . sbb kau suka gilaa kat dia .
ceittt ! - ibarat jam dengan ban-

then kau meroyan tak tentu pasal . tulis kat twitter . facebook . instagram . apa jadah semua tu bagai .
aku cakap nie pun based on  my experience .
sbb experience membuatkan kita lebih matang menghadapi sesuatu dan berfikir secara rasional .
then sambung balik .
lepas kau dah meroyan tu . patu feeling feeling . nangis .
haaaa ! kemon lah weii .
jangan bazirkan air mata kau demi sesorang yang tak halal lagi untuk kau .
- wowww mohon aida follow nasihat sendiri -

tips nak move on ni senang je . kau kena faham dan terima hakikat bahawa dia bukan lah jodoh kau .
simple !
dan percaya lah bahawa ada seseorang yang lagi better dr kau pnye ex ex ex ex ex triple ex exl  kau tu .
sebab jodoh dan pertemuan di tangan-Nya.

lagi satu aku baca bahawa pasangan ni sentiasa nak terbaik untuk psangan nya .
meaning that , dia sanggup buat apa sahaja asal pasangan nya tu nak apa yang dia nak .
- kau pura pura faham je lah -
sanggup lah tukar mcam macam . ni kes kat luar lah . i means that sanggup tukaq rupa muka semata nak cantik dan nak pasanganya tu suka dia .

okay actually awak . kasih sayang tu sebenarnya wujud bukan dasar paras rupa . tapi dengan keikhlasan dan tulen punya kasih sayang . okay lah semua orang nak cantik .
takde sape nak ketinggalan dalam arus kecantikan dunia sekarang .
sampai sekarang ada macam" produk kecantikan keluar .
qu puteh lah . kcolly lah . sebab cantik ni subjektif .
dan ingat lah . semua orang boleh cantik dengan muka , pakaian , badan tapi itu semua hanya sementara dan yang akan kekal selamanya adalah peribadi yang baik . -mat luthfi-

ermm . tak kisah lah awak bambam ke dok . yang penting awak ikhlas dengan saya tu je .

- aku rasa topic hari ini membuatkan aku geli lah -
HAHAHAHA okay bye .
hari ni mood jiwang karats jap .

kau ibarat jam dengan ban . nyah kau dari hidup aku . HAHAHAHA

ingat ! sebelum nak professional tu kena lah rasional . baru seimbang ok ! -bye-
see ya!

Saturday, March 7, 2015

friends ?

okay hi . today i will talk about friendship . see ?
lonely tak aku . ha ! whatever . do i care . ok enough !
kawan apa itu kawan ?
apa erti kawan bagi korang ? mesti korang cakap kawan adalah
" mereka yang kan ada bila kau susah dan bila kau senang "

ok lah . cliche seh .
bukan nak cakap lah kawan yang senang tu alaa beribu lahh korang boleh dapat .
okay . lets imagine . korang ditimpa masalah bergolek-golek . boleh aku tanya kawan korang yang beribu tu ada tak ?

ermm .... -nope-

see? tak semua orang akan sentiasa dengan kita tatkala diri senang atau susah . okay actually that not my point . my point is jangan senang terpedaya dengan orang . simple !
kahkahkah .

urmm sebenarnya aku lebih suka berkawan dengan bangsa lain daripada bangsa aku sendiri .
okay . aku tau korang fikir .
" berlagak seh . "
" eeee hello menyampahnya "

ok lah ok lah . aku terasa sebenarnya dengan bangsa sendiri kahkahkah .
ok tak kisah korang cakap aku tak matang ke apa . sebab korang tak de kat tempat aku .
korang tak rasa betapa peritnya kahkahkah .

wowww aku rasa aku salah masuk kos lah sepatutnya ambil sastera

yelahh menipu lah kalau korang tak pernah tak terasa dengan kawan kawan korang .
 yaaa . aku banyak kali
lonely gila . aku terasa harini esok lusa aku dah lupa dah apa yang aku terasa kat kawan" aku tu
just forget it . tak yah nak dendam sangat
kan nnti jadi dendam roh tak tenteram pulak nnti kahkahkah .

bagi aku
" hari ini hari kau esok lusa mungkin hari aku "
itu je aku pegang . tolong selagi mampu .

im just wanna enjoy my degree life yuhuuu . dont disturb my studies ! warning !
kahkahkah
for those yang tak suka aku tu ermm terima kasih :)
perasaan kan . tak boleh nak paksa . aku redho airways ja .
tapi jangan lah tunjuk sangat perasaan benci kau kat aku tu .
be professional ! orite
;)


Monday, February 9, 2015

kehidupan

setiap kali yang terjadi itu kita berharap tidak akan berulang lagi
betul kan?
tetapi setiap kali aku berharap perkara itu akan terulang.
sakitnya tuh disini . lol

okay now let it be just face it . ga yao !
" bukan senang nak senang , bukan susah nak susah "
setiap kali kesusahan menimpa , aku selalu ingat
" ada orang lagi susah dari kau " -someone said to me-
 aku cuma pakai nasihat yang diberi . kepada mereka yang akan melalui alam universiti .
meh sini aku cakap sikit .
alam universiti bukan alam yang korang bayangkan yang 
" freedommmm~'
"cari rusuk kiri kanan tu "
" duittt banyakkk "

ingatlah bahawa bayangan korang itu hanya lah sedutan mimpi korang untuk episod akan datang .
its not like what you imagine . worse !  HAHAHAHA
no lah . takut tak ? kahkahkah
rilex . ingat ! benda boleh settle !
yang "freedom" tu .jangan honeymoon sangat . sebab kau belajar empat bulan then final exam .

aku ingat lagi cikgu tuisyen aku cakap
 " dekat u lagi senang dari spm yang korang hadap 10 or 11 subjek tu"
at first , aku berfikir "kau dah lepas boleh lah cakap camtu " - zaman jahiliah memang camni -
lepas masuk matrik another cikgu bagi ayat yang sama juga
then aku berfikir lagi
" kenapa doe cakap benda yang sama "
lepas masuk upm . woahhh !
aku berfikir " betul lah apa yang depa semua cakap "
sebab nya? dekat uni nie kau belajar 5 or 6 subjek pada masa 4 bulan untuk satu sem .
sem depan kau tak belajar benda tu lagi cuma ada kaitan sikit lah dengan kau belajar sem satu .
spm kau belajar bagai nak rak dari form 4 sampai form 5 tapi kau kena tahan lagi otak kau tu sebab spm bulan 11 . tapi macam aku nasib aku bulan 12 .dah tu 11 subjek pula .  sampai kesudah aku tahan info info tu . dah spm aku luahkan sampai melimpah limpah ke ladang gandum . urrrrmm . jadilah koko krunch . tak jadi koko runch sebab ladang dah penuh sangat so takde gandum so bertebangan lah ia .
metafora gila .

tapi disebabkan aku berfikir macamtu . aku dah set mind aku
" senang je "
" macam ketam goreng "
" tutup mata lah jawab "
 itu sebelum jawab quiz , test , final exam

" bapakkk ahh "
" dah tak macam ketam dah nie macam t*** "
" tiba-tiba rabun menyerang "
selepas jawab .

see ! nampak tak perbezaan . MasyaAllah ! just nak cakap jangan ingat benda tu sesenang yang kau bayang . tidak jadi macam aku .
aku serik ! aku sunyi ! haaaa ! apa kaitan ntah .

nasi sudah menjadi bubur . tak guna dah aku nak menyesal sekarang .
result hari khamis nie . rumors fly . ntah betul ke tidak .
satu subjek aku dah tau . keciwaaa habis .
" setiap kegagalan adalah ibu segala kejayaan "
aku fikir kejayaan lahirkan seorang kegagalan . kenapa ! kenapa ! katakan lah !
 kadang kadang aku tunjukkan kebodohan aku kat sini . HAHHAHAAHA
so what ? tapi itu lah aku .

jadi adik adik prepare yourself , jangan jadi macam akak . ( haaaa . baik tak akak ) >.<
sem dua ni aku kena push lebih sikit usaha tu . tidak hidup aku macam lifeless kat hostel .
tidur makan . belajar jap . tidur lebih sikit . haishhhh

pasal rusuk tulang kanan kiri tu lupakan lah dulu . ( nasihat untuk diri juga )
sebab ada lagi lebih penting dari rusuk kau tu .
" Allah "
" parents kau "
" masa depan kau "
" diri kau "
lastly kita berkhidmat untuk negara dan bangsa .
tak sia-sia juga aku belajar subjek akhlak dulu . terima kasih ustazah !
 aku baca kat twitter , facebok pasal rusuk bergetar maksudnya jodoh
aku terfikir kenapa bergetar ? bukan orang tu sakit ke ? kena jumpa doktor secepat mungkin awak !
HAHAHAHAA .

biar je lah . depa nak fikir apa . sebab ? .
" jodoh pertemuan di tangan-Nya "
 kalau dah tiba masa untuk aku . aku terima :') 

cakap pasal duit . ermm . aku tau mahasiswa dan mahasiswi suka sangat gadget .
tapi aku kurang sikit lah . tak minat gilaaa lah .
janji phone aku boleh telefon dengar suara orang , balas mesej orang tu .
cukup untuk aku . ( itu aku yang dulu zaman seperti katak dibawah tempurung )
sekarang kan dah maju ada wassap . insta . twitter . facebook .
aku kenalah tukar phone android . kang aku mesej orang tu ? kau bukak lah wassap . tidak kau mesej lah sorang sorang . pernah terjadi kat aku kejadian seperti itu . penat aku mesej  . kuajoo !

bayangkan aku taip panjang panjang pasal satu info kat dia . nak tanya pendapat dia . last dia balas .
" kau tak bukak wassap ke ? "
aku rasa nak campak phone dari atas ke bawah . kalau kau ada depan aku nie makan dia .
last aku tukar phone gak . nak sangat wassap kan . haaa ! tiap tiap hari aku kacau hidup kau .
puas ! HAHAHAHA

jangan lah nak tukar phone sangat ikut trending katanya . aku tengok phone semua sama je fungsi .
apa beza dia . ( buta IT memang cakap cmnie )
tapi kalau banyak sangat duit kau ada . aku tak nak lah halang .
kalau yang tidak tu . ermm . fikirlah duit tiga kali .
aku nak beli something aku berfikir sampai kesudah . takut membazir .
tapi kalau kau tengok aku beli bukan bukan tu tanpa berfikir panjang seperti pirana makan maknanya  aku tengah stress lah tu .


ok sampai disini sahaja . see ya ! orientos presto schfenin .




Saturday, January 10, 2015

new year !

assalamualaikum . hai .
selamat tahun baru saya ucapkan kepada anda semua
*ada ke org baca?

pada tahun 2015 ini . apa azam aku?ermmm .
sebelum masuk tahun baru aku menduduki exam final utk sem 1.
dan pada waktu itu azam aku adalah "exam eng. math dah lepas" . <-- itulah azam aku .
exam math pada 29/12/14 . dan aku mula ada azam seminggu sebelum hari kejadian .
sangat tertekan dgn azam aku itu . dan setiap malam aku tekad untuk mencapaikan azam aku itu .

selepas 29 haribulan , alhamdulillah azam utk tahun 2015 dah tercapai . anda bila lagi?
hahahaha . ehhhh kau jgn gelak . azam aku . aku punya suka lah nak letak azam apa . *peace yoww
setelah azam aku itu tercapai . aku mula tanam azam baru . *kiranya aku ada dua azam . org lain ada satu azam . aku rare ckit .
azam yg baru ni aku nak capaikan azam pada tahun tahun lepas . haihhh . payah betul azam tu . sampai sekarang tak tercapai .

tapi takpa aku cuba untuk capaikan azam itu . *aku tengok kat fb ad jual pill height ! masyaAllah! aku rasa azam aku akan tercapai jika makan pill tu (im so happy)- hanyalah mimpi-

dan berdasarkan kajian sains wanita atau saintifik name panggil perempuan . selepas puberty growth dia akn stop sejak form 5 . kalau aku makan ke tak pill tu hasilnya tetap sama . terima kasih kepada encik sainstis . dan berguna juga aku belajar biologi time f5 hahahaha *kalau kelas bio aku tak tau kenapa secara automatik mata aku akan tertutup dgn sendri . dasyat kan .. huisshh huishhh-

so setelah dua minggu exam final sem 1 kos aerospace . wowww!! aerospace!!
bila org tnya kau kos apa . aku hanya mmpu jwb ak ambil engineering . tpi bila di tnyaa apa bidang nya ? eng kan byk cabang? kau tau tak terseksa aku nak jawab soalan tu . batin ku terseksaaa . ohhh tidakkk! -ok over-
kalau aku cakap aku ambil aero . ayat pertama akan ku dengar .
"perghhh hard core pnya kos tu "
"hebatt ah kauu"
"untunggg gilaaaa"
"budakk pandaii"
wehhhhh!tolong lah jgn bg aku pujian sebegitu , bertambah terseksa jiwa ku ini .
math pun fail kau cakap aku pandaii . masyaAllah ! der,lu salah org nie derr.
kalau lu nak nak puji , puji kat org lain .

aku pun tak tau kenapa aku boleh fail math .
"asal math kau nie semakin lembab haa daa??", berkata abg kdp adik .
#sentap . -gulp-
bila aku ingt balik . kenapa aku boleh lembab math nieeeee!!??
*unbelieveable
phuii lahh kau aida . nak A konon math . exercise pun tak buat byk . ha ha ha . -kelakar gila kau-
ok . aku mngaku . mmg math telah buat ku keciwa .. walaupun azam aku adalah math . dan math ! kau telah mengecewakan hati kuuu~ -stop it-

actually salah diri sendiri . ok takpa . akn ku cuba pada masa hdpn . sem 2 ada lagi . kita repeat . yeahhh! i can do it .
ayah aku cakap . even prof di raja pun repeat juga subjek dia utk memuaskan hati dia .
ingat aida ! profesor di raja tuuu . jgn main main .

okay . aku dah ada azam baru . disebabkan aku fail dan aku akn kena repeat subjek math .
aku nak jadi profesor di raja . yesss !

doakan saya ye anda semua *ada ke org baca aku punya blog? kalau ada?ermm . hi awakk :D
semoga saya rajin pada sem dua ini . dan azam 2015 aku yg byk tu tercapai .

ok ok .
see ya .
bye bye .
assalamualaikum .